Privacy Policy – Menergy Health Booster for Men

Privacy Policy ini menerangkan bagaimana kami di Menergy mengumpul, menggunakan, melindungi dan mengurus data peribadi pelanggan. Kami hormati privasi anda dan berusaha memastikan maklumat yang anda berikan disimpan dengan selamat mengikut standard perlindungan data di Malaysia.


1. Maklumat yang Kami Kumpul

Sebagai sebahagian daripada proses pembelian dan komunikasi, kami mengumpul maklumat berikut:

Maklumat Peribadi

  • Nama

  • Nombor telefon

  • Alamat e-mel

  • Alamat penghantaran

Maklumat Transaksi

  • Rekod pembelian

  • Kaedah pembayaran

  • Resit atau butiran order

Maklumat Teknikal

  • Alamat IP

  • Browser & device info

  • Cookies (untuk pengalaman browsing yang lebih baik)


2. Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Anda

Menergy hanya menggunakan maklumat pelanggan untuk tujuan yang sah dan berkaitan perniagaan:

Tujuan Operasi

  • Memproses order dan penghantaran

  • Mengurus bayaran dan invois

  • Menyediakan sokongan pelanggan

Tujuan Komunikasi

  • Menghantar update pesanan

  • Memberi maklum balas terhadap pertanyaan atau aduan

Tujuan Marketing

Maklumat anda mungkin digunakan untuk:

  • Menghantar promosi, diskaun, atau kempen marketing melalui WhatsApp, SMS atau e-mel

  • Retargeting ads (contoh: Facebook Pixel, TikTok Pixel, Google Ads remarketing)

  • Menambah baik konten & servis berdasarkan tingkah laku pelanggan

Anda boleh pilih untuk opt-out bila-bila masa dengan hubungi support kami.


3. Persetujuan Pelanggan

Dengan menggunakan website dan membuat pembelian, anda bersetuju bahawa:

  • Data anda dikumpul dan diproses seperti yang diterangkan dalam polisi ini.

  • Anda bersetuju dihubungi untuk tujuan marketing selagi tidak unsubscribe.


4. Keselamatan Data (Secured Personal Data)

Kami mengambil langkah keselamatan untuk melindungi data anda daripada akses tanpa kebenaran:

  • Enkripsi untuk data pembayaran yang sensitif

  • Penyimpanan server yang dilindungi firewall

  • Akses data terhad kepada staff yang berkaitan sahaja

  • Pemantauan keselamatan berkala untuk mengelakkan kebocoran maklumat

Kami tidak menyimpan maklumat kad kredit di dalam server kami.


5. Polisi Data Breach

Jika berlaku insiden kebocoran data (data breach), langkah-langkah berikut akan diambil:

  1. Kami akan menyiasat insiden dengan segera.

  2. Pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan dalam masa munasabah.

  3. Langkah pencegahan seperti reset akses, sistem sekatan sementara, atau audit keselamatan akan dijalankan.

  4. Jika perlu, laporan akan dibuat kepada pihak berkuasa berkaitan.

Kami serius dalam melindungi privasi pelanggan dan akan memastikan kerosakan diminimumkan jika insiden berlaku.


6. Pendedahan Maklumat kepada Pihak Ketiga

Kami tidak akan menjual, menyewa atau menukar data pelanggan kepada pihak luar.

Namun, maklumat mungkin dikongsi dengan:

  • Syarikat courier untuk penghantaran

  • Pembekal payment gateway untuk urusan bayaran

  • Platform iklan (contoh: Meta, Google, TikTok) untuk tujuan pemasaran

Semua pihak ketiga yang kami gunakan tertakluk kepada polisi privasi masing-masing.


7. Penyimpanan & Tempoh Retensi Data

Data pelanggan disimpan untuk tujuan:

  • Rekod transaksi

  • Perkhidmatan selepas jualan

  • Kegunaan marketing selagi pelanggan belum opt-out

Kami tidak menyimpan data lebih lama daripada yang diperlukan.


8. Hak Pelanggan

Anda berhak untuk:

  • Meminta salinan data peribadi anda

  • Meminta data dipadamkan (jika tiada isu undang-undang)

  • Menolak komunikasi marketing

  • Mengemas kini maklumat anda bila-bila masa


9. Perubahan Polisi

Polisi ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa dan perubahan akan diterbitkan di halaman ini.